Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru,malah telah lama diperkenalkandi negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60an lagi.Malaysia tidak ketinggalan dalam arus pembangunan yang berasaskan komputer ini.Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.Pencipta mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan di Malaysia.Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi.Budaya persekolahan seharusnya diubah kepada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan,berpemikiran,kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini.(KPM 1997).
Tuesday, March 9, 2010
Tuesday, January 26, 2010
e-pendidikan
E-Pendidikan (E-Education) dimaksudkan untuk merangkum informasi yang berhubungan dengan menggunakan teknologi untuk membantu pendidik, pelajar dan masyarakat. Komputer dan Internet sudah diterima sebagai alat yang penting untuk komunikasi sehingga sekarang menjadi hal yang penting pula untuk pendidikan negara yang sedang mengalami reformasi . Tujuan-tujuannya adalah untuk Memberikan kesempatan kepada sekolah dan universiti yang menggunakan Internet untuk memberikan sumbangan dan menggunakan pengetahuan dari pihak lain (sharing). Memberikan informasi mengenai pengembangan teknologi belajar secara tempatan dan global. Memberi kesempatan kepada pedagang (manufacturers dan suppliers) peralatan untuk mempromosikan produk mereka (dan harga khusus) kepada lingkungan pendidikan. Memberikan informasi kepada sekolah-sekolah yang jauh dari bandar maupun pusat pendidikan.
Subscribe to:
Comments (Atom)

